Saturday, February 23, 2013

Tipikal cerita Korea

Hai hai haiii!!!
Sebelum ni mungkin ada yang terbaca tentang Tipikal Cerita Indonesia dari mana-mana blog kan?? Kali ni tetiba aku terasa macam nak buat entry tentang Tipikal Cerita Korea plak.. Disebabkan kat Malaysia ni ramai yang minat dengan drama Korea (termasuk aku jugak), jadi entry disini hanyalah sebahagian dari apa yang aku tengok lah.. Aku tak lah rajin nak pergi buat survey dan tanya orang tentang cerita Korea.. Tapi ini cuma berdasarkan pengalaman aku sendiri.. Ditegaskan dan diulangi, hanya dari pengalaman aku sendiri okey.. Tiada kene mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meinggal dunia..

  • Kebanyakan dalam drama Korea mesti hero dia handsome bagai tak hengat + kaya raya + maskulin + metrosexual + bijaksana + popular = sampaikan ramai gadis terkejar-kejar walaupun si hero tu hanya pengarah syarikat je, bukannya pelakon terkenal..
  • Kebanyakan dalam cerita Korea jugak heroin dia mesti daif + miskin hina + cheerful + gila-gila sikit  + kurang bijak + comel.. 

  • Untuk menemukan si hero dengan si heroin, mesti si heroin mula2 rasa annoying dengan si hero.. yang si hero pon sama, annoying giller dengan heroin.. Tapi walaubagaimanapun, si heroin tetap follow si hero untuk menggangu ketenteraman si hero ataupun hero yang follow si heroin..
  • And then, untuk dijadikan cerita, si hero mula caring pasal si heroin.. Tapi pada masa yang sama, kawan si hero sudah jatuh hati pada heroin dulu (mybe yg ni wajib ada pada cerita korea kot).. Mesti akan ada scene rebut merebut si heroin..
  • Bila si hero mengaku yang dia sukakan si heroin, bila ditanya sejak bila suka si heroin, mesti dia jawab, sejak pertama kali berjumpa..hahaha! Padahal mula-mula bila jumpa asyik gaduh je..
  • Lepastu ada lah scene si hero nak melamar si heroin tapi yang sedihnya si heroin tolak.. Jual mahal lah kan.. Tak pon sebab si heroin pon ada hati dengan kawan si hero..
  • Bila hero dan heroin dah mula bercinta, tetiba dapat tentangan dari keluarga pulak.. Sebabnya, keluarga si heroin ni miskin dan setaraf dengan pangkat dan kekayaan yang ada pada si hero.. Dan macam-macam ancaman dan ugutan diberi pada si heroin untuk bagi dorang putus..

  • And then bila hero dan heroin dah putus, si kawan yang sukakan si heroin ni yang selalu datang membantu.. Tapi walaubagaimanapun, takkan ada peluang untuk orang ketiga!
  • Kebiasaanya, untuk si hero yang kaya raya tu, mesti family dia dah sediakan calon isteri untuk si hero.. Calon isterinya pulak bukan calang-calang orang.. Anak orang kaya, cantik, sexy.. tapi xde sape pon yang terkejar-kejar kat dia macam si hero yang sentiasa dihurungi oleh peminat..
  • Oleh kerana adanya kawan si hero dan si cantik anak orang kaya, terjadilah cinta 4 segi antara dorang..
  • Kerana terlalu cintakan si heroin, si hero sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata untuk bersama dengan si heroin..


  • Dalam cerita Korea wajib ada scene minum arak dan mabuk-mabuk.. mybe bnda tu dah kebiasaan bagi dorang kot.. Bila stress je minum, putus cinta pon minum, happy pon minum, sedih pon minum.. tak sah agaknya kalau tak minum arak..
  • Kebanyakkan dalam cerita Korea, kalau si hero tu hensem, kepopularitiannya teramatlah sangat.. Belum pernah lagi aku tengok jejaka-jejaka Korea terkejar-kejarkan si heroin dalam drama Korea..
  • Dalam cerita Korea, kebanyakkan props dia mmg la sponsor especially handphone.. Setiap pelakon dia handphonenya semua sama.. even yang miskin daif ni pon handphone dia, perhhh! Samsung SIII plak.. AKu yang x bape nak miskin dan yg xbape nak kaya ni pon pakai Blackberry tahap baling anjing je.. Tu pon rembat abang aku punye.. hahaha!!
  • Kebanyakkan cerita Korea, episode last dia mesti ada beberapa Tahun Kemudian nya.. tak caya?? cuba tengok cerita Nice Guy.. xpon King 2 Heart.. Miss Ripley pon ada.. Boys Over Flower, You're Beautiful, Marry Me Mary, Secret Garden.. semua cerita tu adalah benda tu..
  • Mostly drama Korea ada 16 - 20 episodes.. Cuma sape yang layan Korean kat TV3, NTV7, atau 8TV mesti dorang akan extent kan lagi cerita tu sebab nak samakan masa 1 jam dengan iklan lagi.. hoho..

Begitulah serba sedikit yang aku kumpulkan dari pengalaman aku.. Kadang-kadang aku dah boleh agak jalan cerita dia macam mane.. Kadang-kadang rasa annoying pon ada.. Tapi sebagai peminat setia, pasti takkan boring kan?? hehehe...
Daaaaa





Post a Comment