Saturday, July 2, 2011

Juraian airmata di malam hari..

Assalamualaikum.. Apa khabar kepada anda semua?? Harap-harap sihat la ye.. ^_^
Tetiba pulak hari ni rasa 'terpanggil' untuk update blog ni.. Sejak akhir-akhir ni aku jadi malas nak update.. Entah kene sampok dengan hantu apa pon aku tak tau.. Asal bukak blog je, xde mood nak menaip.. Kalau la ada ubat yg boleh menghilangkan kemalasan menaip tahap melampau ni kan bagusss.. HOhohoho.. 


Kembali kepada tajuk asal.. Mengapakah "Juraian airmata di malam hari"? Huhuhu.. Aku sendiri pun tak tau nak cakap apa.. Mybe rindu dengan si dia kot.. ^_^
Bak kata orang, sayangkan anak di lempang-lempangkan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan.. Aku bukan anak yang mahu di lempang, dan aku jugak bukan isteri yang mahu ditinggalkan.. Aku cuma kekasih yang mahu dia setia di sisi.. Hanya itu yang aku hajati sejak dari hari pertama aku bergelar kekasihnya.. Jauh di sudut hati aku masih mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.. adakah ianya akan berakhir dengan kegembiraan atau kekecewaan?? 
*haiiisssyyyhhhhh..asyik kisah cintan cintun je yg aku tulis..* 

Bukan senang nak senangkan hati semua orang..apatah lagi hati kekasih hati sendiri..adakalanya orang akan cakap, hidup membujang lagi senang sebab tak perlu nak jaga hati orang dan boleh buat apa yang kita suka..tapi percayalah, sekali bila kita dah rasa mencintai seseorang, pasti kita nak buat dia sayang pada kita jugak..jadi dari situ kita akan berusaha untuk mengambil hati dia dan lakukan semua perkara yang dia suka dan tak buat perkara yang dia tak suka.. Betul tak??

Tapi manusia zaman sekarang ni lebih suka melakukan sesuatu atas dasar cinta semasa manusia.. Dan cinta kepada Allah dilupakan.. sedarlah wahai kawan-kawan, CINTA yang paling berkuasa dan yang hakiki dalam dunia ini adalah CINTA ALLAH.. tak salah jika kita mencintai sesama manusia yang berlainan jantina.. tapi jangan lupa, diri kita yang sebenar-benarnya adalah milik ALLAH.. 

Airmata yang kita curahkan adalah sebaik-baiknya adalah AIRMATA TAUBAT.. dengan Taubat, Insya'Allah hidup kita akan menjadi lebih tenang.. Juraian airmata di malam hari adalah sebaik-baiknya ketika kita mengalirkan airmata sebagai tanda kita menginsafi diri dan memohon ampun kepada Allah SWT.. 


Wallahualam...



Post a Comment