Tuesday, July 19, 2011

UNISEELLL kaulah sinar bestari..

Haaahhhh.. sudah dua hari Cik Innaz berada di UNISEL.. sempena kedudukan Cik Innaz berada di tingkat 4, Blok E5, Pangsapuri Siswi ni telah membuatkan Cik Innaz berasa terlalu malas untuk pergi ke kelas.. yelaaa kan, dah duduk pon kat tingkat 4, mesti kene naik and turun tangga.. haaiiissshhhh, boleh semput Cik Innaz setiap hari macam ni..

hahhhh sempuuuttttt!!!

Semalam hari pertama start kuliah.. Cik Innaz dah besemangat bangun pagi-pagi untuk ke kelas.. bila da sampai kat kelas, kitorg semua menunggu ketibaan duli yg amat berhormat, encik lecturer tersayang selama hampir satu jam! perghhhh.. pecah rekod ni menunggu selama sejam ni.. lepas kompom encik lecturer tu takkan datang, kitorg semua pegi membelahkan diri ke food court depan fakulti.. tapau nasi goreng sebungkus, then balik rumah, makan and sambung tido sampai tgh hari..hahahahaha.. 

hari ni ada kelas jam 2.00-6.00 ptg..harap-harap lecturer ada laa..xde la nanti kitorg jadi sang pungguk rindukan bulan seperti semalam sekali lagi.. tak sanggup cek nak menunggu dalam keadaan cuaca yg tersangat baik ni (panas).. 

papepon, katil Cik Innaz kat tepi tingkap je.. boleh intai-intai sang bintang di langit.. hehehehe :P


Post a Comment