Sunday, April 18, 2010

Suatu Ketika Dahulu,Arwah Pernah Menjadi Pujaan Hatiku...Al-Fatihah..

Belum rasanya sampai sebulan kita meratapi pemergian abang din kita, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita perginya seorang lagi artis kesayangan anak-anak muda masa kini.
AL-FATIHAH untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali dengan nama Achik Spin dan Salam Takziah buat keluarga arwah

Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Allahyarham merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.
Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat
Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali,AL-FATIHAH

No comments: