Tuesday, August 31, 2010

Apa yg lelaki perlu tahu mengenai seorang wanita?

by Oh! Media on Tuesday, August 31, 2010 at 4:56am

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
 aku - yaa!!ini yang selalu lakukan..huhu

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
 aku - kalo aku,time tu jgk aku nak dia pujuk aku..kalo x,kompom aku xboleh tido malam..huhu

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 aku - saya sayaaaang dia..saya xnk putus ngn dia lagi..

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 aku - yang ini memang betul-betul aku..hehehe

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
 aku - aku tak suka ditenung!!!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
 aku - eh2..mcm aku je tu..hahaha..puji la aku lagi..ngaaaa

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
 aku - yg ni bukan aku..aku x mudah luahkan perasaan..huhu

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
 aku - huh..buat penat aku tggu jew..tp dia x pnh x muncul pon..sabo jew waa..T__T

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
 aku - yeah!!that's right!!

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
 aku - kalo berani cakap jugak,aku stapler mulut dia gune stapler gun!!

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
 aku - betul betul betul...

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
 aku - mmg seronok!!! tapi aku bukan jenis yg suka jual cerita..huhu

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
 aku - yeke???err..ye la kot..heheh

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
 aku - ehem2..macam aku dgn dia..mula2 dulu dia selalu wat aku tersenyum..sweetnya..^___^

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
 aku - ya betul!!!!aku mmg x suka dgn kau..hahahaa

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
 aku - hehehe..malu2 kucing aku dibuatnya..ngaaaa

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
 aku - aku lebih suka kalo dia mengagak..lebih memahami actually..hehe

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
 aku - errmm..x best jgk kalo jmpa awal2..huhu

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
 aku - selak jangan x selak ye bang!!

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
 aku - x pernah terpikir!!!

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
 aku - exactly!!!! so, b jgn jeles yee sbb b sentiasa ada di tempat teristimewa dalam hati intan..love u b!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
 aku - arrgghhh..aku nak lebih dari itu.!

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
 aku - aku ada teman baik ke??oh..juz forget it!

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
 aku - mybe..mmg jahat siapa yg wat aku mcm tu..

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
 aku - betul betul betul.....!!!cinta mmg indah kalo kita tau apa itu erti cinta..wah,jiwang plak!

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
 aku - siapa yg xnk kan..mmg bodoh la kalo bercinta semata2 nk kiki harta jew..

27. Senjata wanita adalah airmata!!
 aku - mungkin kot..tp aku x suka menangis dpn org..

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
 aku - oh romantisnya.....^_^

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
 aku - tau xpe..heheh


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
aku - cintailah aku sepenuh hati..sesungguhnya aku tak ingin kau pergi..

pstttttt - yg aku bold kan tu mmg ada kene mengena ngn diri aku sndiri..yg x bold tu maknenye tak ler..heheh..

No comments: