Thursday, August 12, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

hari ini merupakan hari pertama aku berpuasa sebagai pelajar UNISEL..dan hari ini jugak merupakan hari pertama aku berpuasa tanpa emak dan abah di sisi..betapa pilunya hati menghadap roti di awal pagi..selalunya aku makan nasi untuk bersahur..tp kali ini hanya minumam milo panas dan jugak sebungkus roti berintikan sambal ikan bilis..syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberikan aku rezeki untuk bersahur..

waktu berbuka puasa pulak aku beli air buah-buah dan nasi ayam kat bazaar ramadhan..memang seronok bila berbuka puasa dengan housemate..masing-masing tak henti ketawa bila dgr celoteh di antara satu sama yang lain..memang pengalaman yang paling berharga..tapi aku tetap merindukan waktu berbuka puasa dengan my whole family..mesti air yang aku buat akan habis dalam waktu yang singkat..hehehe..

papepon, aku harap ramadhan kali ini akan membuatkan kesabaran dan ketabahan aku semakin kuat..semoga aku dapat bertahan sehingga tiba lembaran Syawal..aminnn...

No comments: