Saturday, March 5, 2011

Indahnya Ciptaan Tuhan di Puncak Bukit Broga.


setelah sekian lama merancang untuk mendaki Bukit Broga, akhirnya dengan izin Allah SWT, kami sampai ke Puncak Bukit Broga dengan selamat.. Alhamdulillah..^_^
tepat jam 11.00 malam, aku dan kawan2 bertolak dari UNISEL ke tempat destinasi..sebelum tu, kitorg sempat pegi ke uptown Danau Kota untuk mengisi masa yg agak terluang..sempat jgk shopping sikit2..heheheh..lepas tu, gerak ke destinasi yg dituju..tapi kitorg sesat plak..berkali2 u-turn sebab tersalah jalan..akhirnya sampai jugak ke simpang masuk tempat parking kereta bukit broga..tapi tempat nya mmg gelap sangat..so kitorg ambek keputusan utk rehat dulu sementara pikir sama ada betul2 nak daki pagi2 buta sebelum subuh tu ataupun tak..dalam pukul 5.30, kitorg pegi balik tempat tu and buat keputusan utk daki jugak..dalam pukul 6 pagi kitorg start mendaki dalam keadaan yg gelap gelita tu..
belum dah sampai kat tgh2 kaki bukit tu, ada yg dah give up sebab penat and sememangnya tak larat giller..aku pun dah give up..yelaa kan..dengan tak tidur sepanjang malam, x cukup rehat, x cukup stamina and x stretching, mmg sangat sakit untuk mendaki bukit itu ye..tapi kitorg tak putus asa dan terus mendaki bukit tu..Alhamdulillah, setelah berpenat lelah, samoai jgk kitorg kat puncak bukit tu..^_^

 time ni kitorg dah agak give up..muka pun dah mmg muka yg letih giller..

 tapi dengan berkat usaha, semangat dan doa, sampai jugak kami ke PUNCAK BUKIT BROGA..^__^

 gambar candid yg agak keterlaluan..hahahaha..sungguh hodoh muka aku..:p


angin sangat kuat kat atas tu ye..sangat sejuk..suka sangat..heheheh ^__^..

 wajah aku dan kawan2 yg kepuasan dan kepenatan di puncak bukit..huhu..

 kat sana jugak banyak lalang..mmg cantik sgt utk bergambar..^_^
jom tgk gambar!!
















 ___________________________________________________________
bila dah puas ambik gambar kat atas tu, dan matahari jugak sudah mulai naik dan membahang, kitorg semua turun dari bukit tersebut..
mmg sangat ssh nak turun sebab jalan agak licin..kalo x pakai kasut sport yg betul2 sport, mmg mudah sgt jatuh tergolek2..jalannya agak curam dan perlu berhati2 semasa turun..
berkali2 jugak kwn2 aku tergelincir mase nak turun and aku jugak terjatuh sekali sebab dorg jatuh atas aku..2 orang sekali gus yg jatuh atas aku..tersangatlah berat dan tersangat sakit okey!! tanpa aku, dorg dah jatuh2 tergolek2 agaknya..tp nasib baik ada insan yg sudi menolong menahan badan aku yg tak tahan menahan berat dorg..hahaha..thanks so much!! tanpa kamu, saya dah masuk wad agaknya..hoho..
dan x lupa jugak kepada mereka yg sudi temankan dan menolong kitorg time turun..tanpa korg, kompom aku dah pengsan time turun tu..huhu..

inilah wajah2 (kecuali yg perempuan tu) yg sudi membantu kami..walaupun anda tidak mahu menyambut time kwn2 aku jatuh (aku x jatuh eh..cume sesekali aku terduduk sebab kaki aku x kuat..heheh), tapi dgn adanya anda semua, kitorg berjaya turun dalam keadaan selamat..thank yaa!!! ^___^
___________________________________________________

kalau anda mahu dan teringin nak mendaki bukit tu, ini adalah antara persediaan awal yg perlu anda lakukan :
1 - kalau korang nak naik pagi sebelum subuh atau nak turun selepas maghrib, pastikan korang sediakan lampu sulu sebab sepanjang laluan memang xde lampu..laluan tu mmg sangat gelap..
2 - bawaklah bekal yang secukupnya..tapi jgn la bawak banyak sangat..nanti x larat plak nak mendaki dengan beg besar2..sekadar mana yg perlu macam air minuman dan sedikit makanan ringan..
3 - kalau korang xnk jatuh tergolek2, pakailah kasut sport yg boleh mencengkam tanah dengan baik..sebab kalau jalan basah, laluan agak licin..
4 - kat atas tu banyak angin..kalo korang x boleh kene angin sangat, bawaklah sweater ye..
5 - stamina kene kuat, jgn biarkan perut kosong semasa mendaki, rehatlah dengan cukup sebelum mendaki sebab kalau korg kekurangan tenaga, korang ssh nak mendaki..apatah lagi nak jejak puncak bukit tu..
6 - sesiapa je boleh naik bukit tu..tp mana yang ada penyakit seperti lelah, asma, lemah jantung, darah tinggi atau yang seumpama dengannya, janganlah naik ye..takut korang pengsan kat tgh2 kaki bukit tu..x larat plak kawan2 nak tolong angkatkan nnti..
7 - time mendaki tak lama..kalau korang kuat, dalam 30 minit je dah sampai kat puncak..
8 - jangan risau pasal laluan..laluan mendaki ada disediakan..jgn risau pasal sesat sebab korang mmg xkn sesat..and jangan give up di tgh jalan sebab sangat rugi kalau dah sampai tapi x jejak ke puncaknya..
9 - kalau nak g mendaki tu, jgn lupa bawak kamera..sgt rugi kalau tak bwk kamera sebab kat atas bukit tu pemandangannya cantik sangat!!
10 - jangan lupa buang pape yang patut sebelum mendaki sebab kat atas bukit tu xde tandas..dan jangan buang sampah di merata2 tempat okey..jagalah kebersihan bumi milik tuhan ini..^_^

sekian...

----> aku nak naik lagi bukit tu..best giller weyh!! bila dah sampai atas, hilang semua penat lelah sebab pemandangannya begitu memukau..^_^

No comments: