tapi bagaimana pula jika aku yang pergi??
masih adakah orang yang mahu bersedih diatas pemergian ku?
apa yang aku fikirkan cuma kawan-kawan lama aku.. akan terasakah mereka jika aku pergi? akan menyesalkah mereka kerana layanan mereka terhadap aku selama ini terlalu 'baik' sangat?
kepada Izz pulak.. akan meratap kah dia? akan terasa jugak ke? akan menyesal atas tindakan dia terhadap aku? gembira atau bersedihkan dia nanti?
hurrmmm..jika ajal ku sudah tiba, apa yang aku harapkan, korang semua akan sudi memaafkan segala kesilapan aku..apa yang aku lakukan, makan minum aku, semuanya mintak dihalalkan.. aku tidak mintak korang bersedih, tapi aku mintak korang doakan aku dan sedekahkanlah Al-Fatihah banyak-banyak kepada aku..dan jangan lupa bacakan Yassin sekali untuk aku..kenangkan aku didalam doa kalian..
No comments:
Post a Comment