indahnya tarikh hari ini kan..sangat beruntung kepada kanak-kanak yang lahir pada hari ini..^_^ - 20102010
tiada apa yang menarik untuk aku kongsikan pada hari yang berbahagia ini..esok adalah hari terakhir aku menduduki perperiksaan akhir bagi semester ni..dan hari ini aku masih lagi berada dirumah..mungkin dalam masa beberapa jam saja lagi aku akan berada di Unisel..cuaca hari amat baik sekali..tapi jika diselangi dengan hujan yang lebat,betapa nikmatnya bumi menerima hujan tersebut..dan kita sebagai manusia akan turut mensyukuri nikmat Allah..
dan ketika ini..apabila malam mula menjelma, suasana dikampungku akan menjadi kelam dan suram..ini semua gara-gara perompak yang semakin berleluasa di Jeram, Kuala Selangor..setiap malam pasti orang-orang kampung pasti akan berjaga untuk menjaga keselamatan kampung yg tercinta..dan aku hanya mampu berdoa dalam hati supaya perompak itu akan menyerah supaya semua orang boleh tidur dengan tenang..
tapi malam tadi, aku berasa ketakutan..entah dari mana ia datang dan terus menguasai diri sehinggakan otak sudah mula berimaginasi yang bukan-bukan..seperti biasa, seorang perempuan pasti akan meminta bantuan lelaki untuk meredakan ketakutan yang bersarang dihati..seperti aku juga yang mahu ditenangkan oleh si dia..tapi apakan daya..lain pula yang aku dapat..ingin menenangkan diri sendiri, lagilah aku berfikir yg bukan-bukan..lalu aku mengirimkan sms kepada si 'x' sebagai harapan agar dia boleh memberikan kata-kata semangat kepadaku..dan aku sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana dia sudi memenuhi permintaan aku..dia memahami situasi aku dan menyuruh aku untuk membaca ayat kursi, sentiasa dalam keadaan wudhuk dan meletakkan yassin disebelah bantal sebelum tidur..dan aku mencubanya dengan mengambil wudhuk dan memainkan ayat-ayat suci al-Quran dari hp aku..alhamdulillah..aku tidur dengan nyenyak malam tadi..
kepada si dia..aku harap kau merubah sikap kau supaya aku tidak merasa sakit lagi..dan kepada 'x', terima kasih kerana sudi menjadi peneman aku dikala aku lagi memerlukan seseorang...
No comments:
Post a Comment