dan aku..hanya membilang hari sahaja untuk melangkah ke dewan peperiksaan untuk final exam bagi semester kali ini..hanya 4 subjek yg dipertaruhkan di dewan peperangan..mampukah aku?? dari basic sains bertukar kepada bidang komputer dan pembelajaran multimedia..mmg pada mulanya aku teruja sbb aku dapat bidang yg aku minati..tp bila dah hampir 2 bulan belajar, tetiba hati aku jadi sayu apabila melihat makmal bioteknologi..kaki ini seperti mahu saja melangkah masuk dlm makmal tu..jiwa aku mmg bukan jiwa sains..tapi itu merupakan kehidupan zaman persekolahan aku..takkan mudah untuk aku melupakan pembelajaran yg aku mulakan dulu..walau ape-ape pon, aku tetap akan mencuba selagi hayat dikandung badan kerana ini adalah pilihan aku dan aku wajib untuk meneruskan kerana itu yg aku mulakan..
mungkin terlalu banyak masa yg aku habiskan dengan menghadap facebook berbanding buku-buku teks aku..tapi itulah aku..aku lebih suka tensyen disaat akhir berbanding tensyen disaat awal..sebab itu adalah aku..ntah bila lah aku dapat ubah masalah aku yg satu ni..meneruskan kehidupan bukanlah sesuatu yg mudah..setiap insan dimuka bumi ini sentiasa akan berlumba-lumba untuk mengejar cita-cita..percayalah, dimana ada yg terbaik,disitulah ada yg lebih terbaik..dan kita sebagai hamba dimuka bumi ini sentiasa inginkan yg lebih terbaik berbanding apa yg terbaik yg telah kita perolehi..itulah kesilapan manusia..untuk mengejar yg lebih terbaik, apa yg telah kita perolehi akan ditinggalkan begitu sajaha..bak kata pepatah "apa yg dikejar tidak dapat, apa yg digendong jatuh berciciran" (betul ke pepatah ni??)..jadi secara kesimpulannya, bersyukurlah kita dgn apa yg kita perolehi sekarang..tapi apa salahnya jika kita mahu mencuba menjadi yg lebih terbaik..tidak salah kan?? memang tidak salah jika kita masih bersyukur dgn apa yg kita ada..sebab nanti xde la kita menyesal dikemudian hari..
seperti aku..aku bersyukur dengan apa yg aku perolehi..oleh kerana aku masih muda,aku akan terus mengejar cita-cita aku dan aku akan berusaha untuk menjadi yg terbaik diantara yg terbaik..oleh itu, kita harus sentiasa berfikiran terbuka dan positif dari semasa ke semasa..tapi ingat, tiada kegagalan yg boleh membawa kita kepada kejayaan..tapi x semestinya kita harus gagal untuk perolehi sesuatu kejayaan..tetapi hanya dengan bangkit dan berusaha selepas kegagalan yg boleh membawa kita kepada erti kejayaan yg sebenar.........
No comments:
Post a Comment