Wednesday, September 29, 2010

Jadual Final Exam

12/10/2010 - 9.00 am - Computer Fundamental
13/10/2010 - ???? - Proficiency English 1..(xtau betul ke x)
14/10/2010 - 2.30 pm - Introduction for Multimedia
15/10/2010 - 10.00 am - Test 2 Mathematics (oh shit!!)
21/10/2010 - 2.30 pm - Mathematics

----> Jadual Final Exam kami..teramat-amat menyeksakan..boleh pulak lecturer nk buat test math time exam..adoiii...sabo je ler..-_-!!

Sunday, September 26, 2010

Jika aku yg pergi..

agak menyentap ke kalbu apabila saudara aku dan Izzuddin meratap pemergian temannya yang tercinta kembali ke rahmatullah (link) .. Al-Fatihah kepada arwah...semoga roh beliau ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang solehin...aminn..

tapi bagaimana pula jika aku yang pergi??
masih adakah orang yang mahu bersedih diatas pemergian ku?
apa yang aku fikirkan cuma kawan-kawan lama aku.. akan terasakah mereka jika aku pergi? akan menyesalkah mereka kerana layanan mereka terhadap aku selama ini terlalu 'baik' sangat?

kepada Izz pulak.. akan meratap kah dia? akan terasa jugak ke? akan menyesal atas tindakan dia terhadap aku? gembira atau bersedihkan dia nanti?

hurrmmm..jika ajal ku sudah tiba, apa yang aku harapkan, korang semua akan sudi memaafkan segala kesilapan aku..apa yang aku lakukan, makan minum aku, semuanya mintak dihalalkan.. aku tidak mintak korang bersedih, tapi aku mintak korang doakan aku dan sedekahkanlah Al-Fatihah banyak-banyak kepada aku..dan jangan lupa bacakan Yassin sekali untuk aku..kenangkan aku didalam doa kalian..

Saturday, September 25, 2010

dirumah sudah..

penat giller hari ni..pagi tadi ada arus pedana ptptn..awal2 pagi aku da rush menyiapkan diri kerana kak yan sudah memaksa untuk bersiap cepat..atoii..beragak laa kak yan..awal giller kau nk pergi..huhu..tp xpe laa, cepat pergi cepat balik..heheh..

tapiiiii..kul 11 jgk aku baru kuar dr dewan senak(senat) tu..kesejukkan aku dalam tu dah..siot jew..org tu laa..cerewet betul..itu x boleh, ini x boleh..nk aje aku stapler mulut dia..byk bunyik plak..sukati aku laa nk suruh bapak aku yg wat pengesahan dokumen tu sbb bapak aku ketua kampung..kecoh jew xbg letak..tau la jeles..huhu..tp xpe laa..yg penting semuanya berjalan dgn lancar dan selesai jgk masalah aku menyerahkan semua borang ptptn tu..hahaha

tgh hari plak..lps sedap2 aku melantak, tetiba amin call katanya nk dtg amek sbb nk g umah kak nim..apa lagi, sekali lg aku rush bersiap..huhu..tp balik jeram dulu..yeah!! balik jeram!! beshhh!! hehe..ptg plak nk g rumah terbuka kat bukit kerayong..aku dgn santainya memakai baju yg aku pakai pg tadi..baju kurung purple aku tu..sudah siap!! kemas!! bertudung!! tapi..tetibe mak suruh tukar plak sbb mak cakap baju tu buruk..adeyhhh..sekali lagi aku rush capai baju pemberian abang sayang tercinta dlm almari n g iron..n dgn pantas dan efisionnya aku bersiap cepat..dan tudung terpaksa aku mencopek tudung mak sbb nak match kan ngn baju..n kasut raya tahun lepas yg ku simpan dlm almari jugak terpaksa aku keluarkan sbb aku hanya bawak selipar je..heheh..then barulah gerak..

kat umah kak nim

and malam ni..aku stay kat umah sbb da x larat nk balik unisel..huhuhu..penatnya..and semua blog2 aku, aku da ubah yg baru..cantik x???hehehe..

Friday, September 24, 2010

Minggu ni tak dapat balik T_T

bila dah 4 hari balik unisel, tetiba terasa macam tak biasa plak dgn suasana kat cni..yelah kan..sebulan puasa hari tu, x buat papepun..bila da hbs puasa, perut mesti nk diisi setiap masa..duit pulak sentiasa tak cukup ditambah lagi dgn pembaziran yg aku buat untuk mencantikkan laptop aku ni..perut ni plak dari hari tu lg mengidam yg bukan2 sampai dah terbawak dlm mimpi..adeyhh..macam2 laa..

minggu ni dah la x dapat balik sebab org ptptn nk dtg..kalau la hari tu xde mslh,da lama aku smpai kat umah..huhu..semalam amin dtg nk bagi duit kat aku..abah kirim RM50 je..cukup ke??huhu..then madihah ikut sekali, bila aku masuk keta je, dia terus naik atas riba aku..bila amin nak balik, madihah xnk lepas dari peluk aku..maknya ambek pon dia pegang tg aku lg..tp terpaksa jgk la aku lpskan dia..bila keta dah gerak, dia pandang je aku..sayunya hati..tetiba plak rindu kat dia sgt2!! hopefully, dpt balik mggu dpn..tp rasenye mcm x dpt balik sbb nk siapkan final project..huhu..

sabtu ni jgk kak nim buat makan2 kat umah dia..waaarrrgghhhh!!!! nak ikut!!! mnx2 amin nak ambek aku..huhuhu..byk betul jasa amin pd aku sejak aku smbg blaja ni..huhu..nak makan kat umah kak nim..T_T..nak makan KFC..T_T...nak makan spagetti jgk..T_T...waaarrrgghhhhh!!!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 Ditulis oleh Hj Abdul Samad

-----> I hope, dia mmg jodoh aku..aminnnn...

Tuesday, September 21, 2010

Makcik Nasi Goreng.

gmbr candid makcik nasi goreng by awin..sory muka dia agak blur sket..

aku xtau la sama ada makcik nasi goreng yg selalu amek order kat cafe tu betul or x betul..bkn pe..selalu nye dia pakai tudung yg diikat ke belakang..tp malam tadi time aku nk order nasi goreng, tetiba dia da x pakai tudung..mau x terkejut aku bila tgk rambut dia y kembang tu..hahaha..lepas tu dia letak pen kat sanggul dia..da mcm pencucuk sanggul pen tu dia buat..hahahaha..then time aku nk order, dia nk ambek pen kat kepala dia tu, tp pen nye terjatuh..dia bgn n tersengih2 dpn aku..aku apa lagi, tak berhenti gelak dibuatnya..nk order nasik pon da susah sbb aku da x boleh berhenti ketawa..lawak giller arr..time nk ambek nasi plak, aku ngn awin cakap da order,tggl nk ambek jew..dia boleh pegi nk ambek order lg sekali..lebih 3 kali kitorg da ckp yg kitorg da order n tggl nk ambek jew tp dia boleh x fhm nk jgk ambek order..bila dia da faham,dia boleh menjeling kat kitorg ala-ala ratu miss dunia yg x menjadi gitu..hahaha..mmg lawak giller arh..sungguh aku x boleh tgk muka dia..kalo x, mmg tak berhenti gelak la aku..time aku nk ambek nasi aku pon muka aku da merah2 tahan gelak..tp tergelak jgk laa...xleh tahan siot..ni laa peristiwa yg paling lucu bg aku..aksi spontan yg melibatkan makcik nasi goreng..

Saturday, September 18, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri..

seronoknya rasa hari ni..dapat kumpul nagn family, dapat jumpa dengan buah hati..hehe..tapi izz balik cepat sangat laa.. tak sempat aku nak layan dia sebab dia datang tepat-tepat time aku tgh busy..huhu..tapi xpe laa..sekurang-kurangnya izz nak jugak menjejakkan kaki ke rumah aku walaupun dihatinya bersarang dengan seribu macam perasaan..aku tau hatinya..tapi maaf ye sayang sebab intan x dapat temankan bie..tapi intan bersyukur sebab semuanya sudah kembali seperti biasa..family aku pun da boleh terima dia balik..kak intan siap suapkan dia kek lagi..haha..sweetnye laa..lega betul hati aku..alhamdulillah..

tapi sayangnya, semua orang yang aku jemput, xde sorang pun yang datang kecuali haizun and family..dia memang sahabat aku yg paaling baik..aku x kisah kot sebab hari ni semuanya dah balik ke u masing-masing..tp mana yg tggl lg tu, aku ucapkan, thanks so much laa sebab tak datang..aku teramat-amat menghargainya..huhu..

hari ni memang hari yg paling bz sedunia lah bg aku..dr pagi aku tak berhenti bergerak wooo..penat giller siot..lebih2 lagi time waktu kemuncak..dlm pukul 3.00 ptg..perrgghhhh!!!! ramai giller org yg dtg..dah macam kenduri kawin..apalagi bila Dr. Zul (ahli parlimen Kuala Selangor) datang..memang tak duduk diam lah aku..huhuhu..

papepon, hari ni akan ku kenang sebagai sejarah bg aku..hehehehe..

Thursday, September 16, 2010

Heading to Sunway Pyramid!

sudah sekian lama tidak bertemu, akhirnya kita bertemu juga ditempat yg teramat sensitif bagi ku..Sunway Pyramid..hahahaha..pertemuan yg hanya dipenuhi dengan usik mengusik dan gelak ketawa itu terasa amat membahagiakan..sudah lama aku tidak berdiri disebelah dia..terlalu lama juga aku tidak duduk disebelah dia..dan terlalu lama juga aku tidak berpegangan tangan dengan dia..heheh..rindu banget seyh!!! rinduku terubat dengan hanya melihat senyuman terukir di bibir seksi nya..eheheheh..ingin sahaja aku memeluk dia..tapi mengenangkan status kami yg masih belum bernikah, aku tahankan saja..hahahaha..sungguh aku berasa begitu gembira hari ni..terima kasih sayangku kerana sudi keluar dengan ku...love you so much!!!!

seawal jam 7.17 am aku terbangun..dan aku terus keluar dari bilik dan terus membuat keje-keje yg belum beres iaitu mengemas dapur..selepas itu, aku terus bersiap-siap..dalam pukul 9.15 am aku sampai di bus stop..pukul 9.35 naik bas..sampai di bus stop Klang jam 10.30 + +..bila Izz dah terlihat bayang aku dan Haizun, dia terus membawa kami ke bus untuk ke Sunway..pada awalnya aku berasa bersalah sebab tak memujuk Izz terlebih awal..tapi aku tau masih banyak waktu untuk aku memujuknya..sampai sahaja di Sunway, kami terus menuju ke pawagam dan terus membeli tiket movie Resident Evil - AfterLife (18 PL)..selepas itu aku dan Haizun membeli sekudap sekudip untuk dimakan di dalam panggung..hahaha..start je movie, aku terus membuat gaya untuk memujuk si jejaka idaman hati aku tu..lastly, Alhamdulillah, dia baik dengan sendirinya..aku tau dia tentukan rindukan aku dan takkan mungkin dia ingin lepaskan saat-saat pertemuan begitu saja..sungguh romantis dan sejuk suasana di dalam panggung membuatkan aku dan Izz berkongsi sweater dan berpegangan tangan..seperti biasa, tangan aku dapat memanaskan tangannya kerana suhu badan ku yg tak pernah sejuk ni..huhu..aku bahagia sekali..sepanjang hari hanya aku yg ada disamping dia..thanks so much sayang..banyak masa yg Intan luangkan untuk Bie..Intan cuma nak Bie rasa happy bila keluar dengan Intan..and I really do it for you...I love you so much!!!
__________________________________________________
pitchaaa!!!!!








haizun yg dah kepenatan..

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Malam.

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
__________________________________________

psssttttt - mula2 aku tak suka dengar lagu ni..tp bila hayati liriknya, ia membawa satu pengertian yg besar..seolah2 satu harapan seorang kekasih yg mahukan kekasihnya melupakan segala kesedihan,kesengsaraan dan kekecewaan.....

Monday, September 13, 2010

gambar raya dihari raya pertama







raya yg masih bersisa..

raya raya raya raya raya raya raya dan raya lagi...
tadi aku pergi beraya dengan ex-classmates aku (5 Ibnu Sina - 2009)..tapi aku juz follow sampai rumah aziz jew sebab aku malas nak follow dorang masuk kampung..lagipun rasa keberatan pulak tinggalkan my parents kat rumah..dorg bukannya sihat sangat..lagipun aku rasa konvoi tahun ni rasa tak meriah sangat sebab ramai yg xde..then aku rasa macam xde siapa yg nak sembang ngn aku walaupon dorg dah lama x jumpa aku..sebab tu aku balik cepat..kecik kot hati aku bila dorang xnk sembang ngn aku..siapalah aku bagi dorang kan..kawan biasa jew..not bestfrend..and sekarang aku merindui kawan-kawan di unisel..maira, aisya, mona, gayu, najwa, kak yan, eira, zuria, mirza, badriz, caie, dan yg lain-lain.. aku rasa macam nak sangat balik unisel..tapi aku xnk cuti raya ni habis cepat..huhu..

and for my lovely person, i really want to meet you.. aku akan pastikan cuti raya kali ni aku akan bertemu dengan dia.. rindu banget seh..hehehehe..

Friday, September 10, 2010







bukti guarau mereka yg keterlaluan..pada mulanya mmg sweet gurau2 mcm tu..tapi agak melampau sebenarnya...
aku x kesah if ko nk marah aku sbb tegow ko..sbb aku tegow ko sbb ko yg buat silap..so,bkn slh aku kan..lgpon aku tegow bukan gune bahasa yg kesat..korg ada otak so korg pk la sndiri..jgn buat ikut suka hati jew...
_______________________________________________________

aku menegow kerana aku sayang kat korg..aku menegow sebab aku xsuka gurau yg boleh mendatangkan fitnah..aku dah tegow korg tapi korg ejek n perli aku balik..sapa yg x angin bila org da tegow baik2 tp dpt balasan yg mcm tu..aku sabar..aku post status pon x melibatkan nama korg..tp aku berharap sgt yg korg terasa dgn post aku tu sbb aku nk korg sedar yg korg da buat satu kesilapan yg bagi korg itu mungkin gurauan yg biasa2..tapi bagi aku tidak..aku bukannya perfect sgt pon nk tegow org yg wat silap..tp sekurang2nya aku tau mana yg baik n mana yg buruk..ko bermanis muka depan aku tp jgn igt aku xtau yg korg sebenarnya tgh memaki aku diam2..aku da tegow so pandai2 korg laa nk terima or x..kalau diikutkan hati aku,da lama aku kuarkan ayat yg kesat2 dgn siap mencarut bagai..tp ko kwn aku n still ada rasa hormat kat ko..sejak dr semalam aku da rasa meluat dgn gurauan korg..tp korg bagai x endah je yg aku turut mengomen..x sgka plak yg korg still bergurau hingga ke hari ini..kalo org lain pk,kompom korg siyes dowh!!
jgn kerana ayat gurau2 manis mcm tu ko terus menerus melayan..ko kene igt, setan tu sntiasa ada untuk menyesatkan manusia..mula2 mmg gurau2 je, tp lama2 boleh membawa kpd maksiat..Masya'Allah..kawan2..jauhilah diri dari maksiat..aku syg sgt kat korang..T_T

al-Fatihah untuk arwah..

kepada ketua kelas ku Badriz Nanang, 1st aku nak mintak maaf byk2 kat kau sbb pagi2 raya mcm ni mybe aku da buat kau sedih dengan pertanyaan aku yg tanpa berlapik ni..actually aku juz nak tahu jew sape yg dah xde tu..tak sangka plak aku yg arwah Elisza Sofea a.k.a awek kau yg da xde..i'm very sorry k..
serius aku mmg terkejut giller dgn jawapan yg kau bagi..aku ngn nureen selalu sindir2 kau tentang panggilan manja kau ngn arwah awek kau tu..i'm really sorry k..
aku tumpang sedih..mula2 aku mmg sangka awek kau yg da xde..tp aku cuma rasa je laa..tp xsgka plak betul..aku tgk kau pon mcm steady jew..kau mmg betul2 tabah Bad..kau mampu bergelak ketawa dgn kitorg time berbuka puasa sama2 n ambek gmbr ramai2 sedangkan hati kau tgh sedih giller dgn pemergian arwah..
aku tau kau syg sgt kat dia n kau jugak x sempat nk jumpa arwah buat kali yg terakhir..mybe aku xleh faham perasaan kau skrg tp aku turut berasa sedih..kehilangan seseorang yg kita sayangi memang pedih apatah lagi kita x sempat nk jmpa org tu..
aku turut doakan semoga arwah ditempatkan didlm golongan orang2 yg beriman..semoga segala dosa2 yg penah arwah lakukan di muka bumi ini akan diampuni oleh Allah..

kpd Bad, tabahkanlah hati..sedekahkan al-fatihah kpd arwah byk2..jgn sedih2 sbb mybe arwah akan terseksa nnti..kitorg sbg kawan2 kau sentiasa ada untuk membuat kau ketawa..^_^

pssstttt - aku turut berasa sedih sbb si dia jugak pernah mengalami peristiwa yg sama dengan Bad..Al-Fatihah

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya dari Ku..

esok raya..
selamat hari raya..^_^

Tuesday, September 7, 2010

Photoshoot at FITM - Dip. Multimedia Industry 1/2010/2011

sweet pic 4eva..x sangka korang sporting giller weyh..muahh!!







Badriz a.k.a ketua kelas ku yg comeyh..ahahaha
Nureen a.k.a roomate ku or sepupu ku yg senget!!ahahaha



ngn Encik Izwan Suhadak a.k.a mentor kami..
ngn Encik Hailrudin a.k.a leturer Intro to Multimedia
ngn Mr. Raz..ambek gmbr ngn dia sbb baju kamu same kaler..hahaha
ngn Caie..ketinggian kami lebih kurang sama jew..hehehe
___________________________________________________________________________

bergambar sebelum pulang berhari raya...
SELAMAT HARI RAYA!!!!
peacee!!!! (^_^)v

gambar2 time study computer fundamental











______________________________________________________________
itu sahaja..terima kasih..^__^

Monday, September 6, 2010

Test Mid Term for Introduction to Multimedia.

buat penat jew aku blaja beria2 malam tadi..sekali soalannya senang giller..juz bulat2 n isi tempat kosong..giller senang arh..hahaha..hopefully dpt full marks ar..hehehe...

Sunday, September 5, 2010

eheheh.

errmm...urrppp...ehehehheh..aaaaaaa...

WAARRGGGHHKAKAKAKaKAkAKAKAKKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKK!!!!


xde pe..saje je nak gelak...

pengakhiran kpd sebuah kekecewaan ^_^



hehehe..love u too b..pandai ambek hati org ek..heeee ^___^
tp lawak jugak..gadow bagai nak rak..sekali kene pujuk mmg cair giller arh..xkn igt semua keburukan dia..hehehe..biasalah..dalam percintaan mesti ada buruk dan baiknya..pasti ada rajuk merajuk, pujuk memujuk..adatlah tuu..heeehehehe..yg aku plak..masa gadow mmg terasa skt hati sgt..tp senang je nak bg aku happy balik..juz pujuk aku n buat aku ketawa..pastu kene janji ngn aku yg dia xkn buat aku mcm tu lagi(walaupun hakikatnya dia sering melanggar janji2 tu)..tp aku mmg jenis yg senang dipujuk..

itulah aku....
^__^