Monday, January 10, 2011

My Perception about AJL 25

Pertama sekali, seribu tahniah di ucapkan kepada Ana Raffali kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 25.. vokal terbaik dan tempat ketiga di menenangi oleh Hafiz - Noktah Cinta..tempat kedua dimenangi oleh MUH dan Black - Drama King..manakala persembahan terbaik di menangi oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut..Tahniah diucapkan kepada pemenang!

ini adalah persepsi saya terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 25 yang berlangsung di Staduim Nasional Bukit Jalil malam tadi..saya xnak mengulas tentang persembahan pembukaan (Francisca Peter, Nash dan M.Nasir) dan juga persembahan penutupan sebelum pengumuman juara lagu ( Dato' Syarifah Aini, Ziana Zain dan Dato' Siti Nurhaliza).


persembahan dimulakan dengan Yuna - Cinta Sempurna..background screen dah cantik..lagu pon da sedap..Yuna nampak ayu sangat pakai tudung macam tu..sekali bila saya tgh baju dia, tetiba naik bulu roma..gelinya baju dia..huhu..saya bukan nak mengutuk, tapi ini adalah persepsi saya..kalo Yuna berpakaian lebih simple pun da cukup sebabnya dia hanya duduk bermain piano sambil menyanyi..papepon, saya suka lagu itu..^_^
persembahan kedua adalah Tomok - Berlari..bila Tomok muncul di atas pentas, 1 perkataan yang terkeluar di mulut saya adalah "WOW!"..dan ayat yg terlintas di dalam kepala adalah "da macam artis Korea gaya dia"..memang nampak sesuai sangat penampilan Tomok malam tadi..satu je perkara yang saya nak puji pasal Tomok..dia mempunyai stamina yang kuat sebab dia menyanyi sambil menari rancak..di samping itu, dia menggunakan ruang pentas secukupnya dengan berlari dari penjuru pentas ke penjuru yang lain..memang betul-betul kuat stamina dia..kalo saya, baru naik tangga ke tingkat dua pun da semput..huhuhu..


persembahan ketiga dari A.P.I - Pelita..A.P.I adalah gabungan dari 6 band indie - MUH, Hujan, Typewriter..(lagi x ingat laa..huhu)..bila kamera start sharp kat penyanyi, tetiba si penyanyi (xtau nama) berbalut tangannya..dan muka setiap orang di make-up kan seperti lebam..apakah motif dia ek?? kepada sesiapa yang tau, bolehlah share-share idea ek..hehehe..tapi persembahan lagu dorang memang sedap laa..xde la sampai mengantuk aku tgk..hehe



persembahan ketiga adalah dari Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan..tetiba terasa sedih aku tengok persembahan Shahir malam tadi..seolah-olah tiada semangat dalam persembahan dia..walaupun persembahan dia diserikan lagi dengan pakaian yang cantik dan juga aktress Nasya Aziz juga turut membantu, tapi persembahan dia seolah-olah 'tak hidup'..memang amat mengecewakan..tapi xpelah, saya maafkan dia sebab sebelum ni dia da buat statement yang mengatakan bapanya sedang sakit..dan Shahir juga tidak berharap untuk menang..huhu



persembahan kelima oleh MUH dan Black - Drama King..saya suka tengok pakaian MUH..smart!! hehehe.lagu dia best dan Black yang menyanyikan lagu tersebut juga mantap!!



persembahan keenam oleh Hafiz - Noktah Cinta..ni persembahan yang paling gempak bagi saya..sebabnya Hafiz buat gimik terkena tembakan dan stadium dah riuh rendah untuk sementara waktu..pada awalnya saya dah dapat tangkap bahawa itu hanyalah gimik semata-mata..tapi saya tidak menyangka yang Hafiz dah ke belakang pentas dan menukar baju..memang berkesan gimik tersebut..syabas Hafiz!!



persembahan ketujuh dari Ana Raffli - Tolong Ingatkan Aku..persembahan yang menarik dan penuh makna..pertama kali aku jumpa persembahan di atas pentas yang ada jail..memang best la Ana Raffali..baju dia pun cantik especially baju putih yang mula-mula dia pakai tu..bagi aku, Ana Raffali merupakan simbol Gadis Melayu yang manis kerana penampilannya yang sering berkebaya dan kurung modern..^_^



persembahan kelapan oleh Faizal Tahir - Selamat Malam..persembahan dimulakan dengan kemunculan aktres Noorkhiriah sambil mengusap perut..seterusnya, spotlight dialihkan ke Fatimah Abu Hassan dan anaknya, dan seterusnya ke Aziz Satar dan isteri..lepas tu barulah muncul Faizal Tahir dari belakang..persembahan ni kurang menarik sangat sebab ramai plak pelakon-pelakon yang muncul kat atas pentas tu..nampak macam semak je..huhuhu



persembahan kesembilan dari Adira AF8 - Ku Ada Kamu..persembahan dimulakan dengan Adira baru turun dari buaian..para penari dipakaikan dengan pakaian warna merah yang juga merupakan tema lagu tersebut..



persembahan kesepuluh oleh Bunkface - Ekstravaganza..memang gempak dorang punya persembahan..Sam pun hensem kot dengan rambut serabainya..hahaha..



persembahan kesebelas dari Black - Sofea Jane..time ni laa baru saya tau kenapa lagu ni Sofea Jane..sebab asalnya lagu ni bertajuk Kubur sebab ianya disiapkan sewaktu bulan mengambang dan hanya siap dalam satu malam sahaja..bila ianya nak diberikan kepada Black, dia mintak tukar tajuk lagu ni..si pencipta lirik pun tanya Black, siapakah artis yg Black minat? lalu si Black pun jawab Sofea Jane..dan teruslah melekat tajuk lagunya..begitulah ceritanya..terima kasih kepada Cheryl Samad dan Faizal Ismail kerana memberikan jawapan dgn panjang lebar tentang tajuk lagu tersebut..hehehe..papepon, saya suka lagi ini..hehee


persembahan ke-12 dari Faizal Tahir - Hanyut..ni adalah persembahan kedua yang menggunakan jail sebagai props..bila tgh sedap-sedap Faizal nyanyi, tetiba dia pegi menyelam plak..saya xtau la sama ada ianya benar-benar ada tangki kat bawah jail tu ataupun tidak..kepada sesiapa yang betul-betul tau, tolonglah share ek..papepon, Faizal memang the best la kalo buat persembahan..!



persembahan ke-13 dari Stacy - Jahat..comel betul Stacy pakai baju kimono tu..tapi tiada apa yang gempak pun tentang persembahannya..next time cuba yg the best ye stacy..huhu



persembahan yang terakhir dari Hujan - Mencari Konklusi..saya tak minat lagu ni..tapi, persembahan yg agak mantap jugak dari kumpulah Hujan..hehe..

----> memang gempak AJL malam tadi..tahniah kepada setiap finalis!
Post a Comment