Tuesday, January 18, 2011

Wanita Hari Ini - Isu Payudara

sape yg tengok WHI semalam angkat tangan!!! 
yeah..ada sorang je yg angkat..huhu

semalam aku pun ada TERtengok WHI..semalam dalam WHI ada mengupas tentang isu "Salahkah besarkan payudara?"..dan WHI turut mengudang seorang Doktor Bedah Plastik dan seorang Doktor Kosmetik (aku x igt nama dorang).. dan juga seorang artis jemputan Mimi (One Nation Emcees)..

yg kat atas ni adalah secebis dari keratan akbar Kosmo!..

dari presepsi aku sebagai penonton yg TERtengok rancangan tersebut secara tidak sengaja, memang aku akui kurang senang dengan isu tersebut..bukan apa, dalam rancangan tu turut di tayangkan sedikit rakaman video tentang seorang perempuan yg mempunyai payudara bersaiz besar dan juga yg bersaiz kecil.. malu betul aku tengok rakaman tu..yang perempuan tu daa sememangnya memiliki saiz payudara yg besar, tapi dalam rakaman tu siap pakai baju yg sendat dan nampak lurah payudara..katanya malu..tapi kenapa nak dedahkan jugak? yang rakaman tentang perempuan yg mempunyai payudara bersaiz kecil, kamera asyik sharp kat tempat "tu" je..malu nya aku tengok..dorang ni takde perasaan ke? tak ingat dosa ngn pahala ke??
menurut hadis, memang salah kita membesarkan payudara kerana itu telah merubah ciptaan Tuhan.. tapi kalau nak besarkan payudara semata-mata kerana ingin kelihatan cantik, apa gunanya kalau kat akhirat nanti payudara kamu tu akan disula..kan da tak cantik..betul x?

dan di akhir rancangan tu, pengacara ada memberitahu tentang hadis dan pendangan ulamak tentang isu itu..tapi kenapa dorang tak highlight kan perkara tu adalah haram?? kenapa mesti nak cakap "terpulang pada individu masing-masing.." aduhai..-_-!! mmg aku tak boleh nak komen panjang-panjang lah..huhu..

kalau betul-betul nak memiliki payudara atau anggota badan lain yang cantik, jagalah pemakanan dengan betul..ikut petua orang tua-tua..insya'Allah, badan akan sihat..janganlah ingat petua orang tua-tua tu kuno sebab kerana petua-petua tu laaa kita boleh memiliki aset yang cantik..^_^

aku bukanlah tau sangat pasal menjaga kesihatan diri ni..tapi rajin-rajinlah korang selak buku-buku kesihatan dan surf tentang kesihatan..janganlah bergantung pada ubat, krim, losyen semata-mata kerana benda tu semua mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memuratkan anggota badan kita dalam masa yg panjang..so, jagalah kesihatan kita dengan baik di samping makan-makanan yg sihat..^_^


----> sedih tengok orang yang selalu merubah kejadian Tuhan semata-mata ingin kelihatan cantik..padalah benda tu semua takkan kekal lama..Subhanallah..
Post a Comment