Sunday, December 26, 2010

Korean Movies

sejak akhir2 ni, suka plak aku tgk cite korea..(movie je..drama belum nak minat lagi)..antara tema2 utama movie2 korea yg aku penah tgk semestinye laa CINTA, Romantic Love, Happiness, Sadness, dan yg lain2 lagi..seronok aku tgk cite2 tu..kalo feeling tu da melebihi dari segala2nya, meleleh jugak airmata ni..huhuhu..
________________________________________________________
Do Re Mi Fa So La Si Do
 

okeyh!! movie pertama yg bertajuk Do Re Mi Fa So La Si Do

Based on the internet novel of the same title and written by Guiyeoni, Do Re Mi Fa So La Si Do is a .

Jung-won wears a funny dragon suit, while working at the amusement park, and pours soda on Eun-gyu, because of his taunts. A short while later, Jung-won finds out that Eun-gyu has moved into the house next to hers. Eun-gyu now threatens to tell Jung-won’s parents that she works part time at a local mart. To keep Eun-gyu quiet, Jung-won agrees to carry his guitar for a week.

Jung-won then starts to develop feelings for Eun-gyu, who is the lead singer of a band called Do Re Mi Fa So La Si Do. Eun-gyu also starts to develop similar feelings for Jung-won. The two soon become a couple.

With an odd twist of fate, Jung-won went to the band's rehearsal room and meets a familiar person from her past, a boy named Hee-won. Their relationship makes everything more complicated. For 10 years, Jung-won and Hee-won were close friends, but because Jung-won did something that broke Hee-won's family apart they stopped talking to each other completely. And Hee-won, seeking revenge at Jun-won, allow his "friends" to beat her rendering her crippled. Jung-won is now surprised to learn that her ex-close friend is now best friends with her boyfriend.

Hee-won admits that he still likes his best friend despite what she did and he wants her back. Jun-won accepts him back into her life despite what he did and when Hee-won makes her choose between him and Eun-gyu, Jun-won makes the choice of going with Hee-won. Which leaves Eun-gyu devastated, he gives her one last chance to come back to him or else he will never be able to sing again but she breaks his heart once more and chooses Hee-won after he begged her.

penterjemahan :
berdasarkan novel internet yg sama tajuk yang di tulis oleh Guiyeoni, Do Re Mi Fa So La Si Do merupakan sentuhan cerita cinta dengan elemen pahit manis.

Jung-won (heroin) memakai kostum naga yg lekakar, ketika bekerja di taman (ape tah), telah menuangkan soda dia atas Eun-gyu (hero) kerana dia telah mengejek Jung-won. selepas itu, Jung-won mendapat tau bahawa Eun -gyu telah berpindah ke sebelah rumahnya (jiran). sekarang Eun-gyu telah mengugut Jung-won utk memberitahu ibu bapanya bahawa dia bekerja separuh masa di kedai tempatan. utk membuat Eun-gyu merahsiakan perkara tersebut, Jung-won bersetuju utk membawa gitarnya selama seminggu (ala2 mcm kuli yg kene bawak barang).

Jung-won telah mulai mempunyai perasaan terhadap Eun-gyu, yang merupakan vokalis kumpulan muzik yg bernama do re mi fa so la si do. malah, Eun-gyu juga turut menyimpan perasaan yg sama terhadap Jung-won. tak lama selepas itu, mereka pun bercinta.

 tanpa di sangka, Jung-won telah pergi ke tempat kumpulan itu berlatih dan berjumpa dengan orang yg sangat dikenalinya (kawan lama yg da x mengaku kawan), lelaki itu bernama Hee-won. hubungan mereka menjadikan segala-galanya bertambah kacau. selama 10 tahun, Jung-won dan Hee-won berteman rapat, tetapi oleh kerana Jung-won telah melakukan sesuatu yg telah memecah belahkan keluarga Hee-won, dan mereka telah putus hubungan. dan Hee-won ingin membalas dendam terhadap Jung-won dengan membenarkan kawannya utk mencederakan Jung-won. Jung-won terjeut apabila mengetahui bahawasanya Hee-won adalah kawan baik kepada Eun-gyu.

Hee-won mengakui yang dia masih sukakan kawan baiknya (Jung-won) walaupun apa yg telah Jung-won lakukan terhadap keluarganya, dia mahu Jung-won kembali. Jung-won menerima Hee-won kembali  kedalam hidupnya walaupun apa yg telah Hee-won lakukan dan Hee-won mahu Jung-won membuat pilihan sama ada pilih dia ataupun Eun-gyu. Jung-won membuat keputusan dengan memilih Hee-won (sebab hee-won mengugut ingin bunuh diri jika jung-won x pilih dia). setelah ditinggalkan oleh Jung-won, Eun-gyu memberi Jung-won peluang terakhir utk kembali kepadanya atau dia tidak akan menyanyi lagi. tetapi Jung-won mematahkan hatinya lagi dengan memilih Hee-won setelah Jung-won merayu kepadanya.

ending :
pada konsert terakhir do re mi fa so la si do (sbb jung won xnk pilih dia), Eun-gyu masih memberikan peluang utk Jung-won kembali kepadanya, tetapi Hee-won telah menahan Jung-won utk kembali kepada Eun-gyu. selepas itu, Eun-gyu mengalami amnesia kerana kemalangan (dia hilang ingatan dan juga berkelakuan seperti budak2). selepas jung-won mendapat tahu tentang keadaan Eun-gyu, dia terus meninggalkan Hee-won (sbb dia mmg x cintakan Hee-won sbb dia hanya cintakan Eun-gyu).Jung-won mahu mengembalikan ingatan Eun-gyu. oleh sebab itu, dia berusaha utk mengadakan kembali konsert yg persis seperti konsert terakhir Eun-gyu. ketika konsert, Hee-won memegang watak sbg Eun-gyu dan melakonkan kembali semua aksi2 nya ketika konsert terakhir Eun-gyu. Eun-gyu yg berada di bawah dan menonton konsert itu secara langsung terus kembali ingatannya pada babak akhir konsert tersebut (Eun-gyu berjumpa dengan Jung-won dan terus keluar drpd konsert). dan, mereka pun kembali bersama.......

________________________________________________________

Milionaire's First Love

 

aku x dpt cari synopsis nye (a.k.a malas..heheh) 
cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki kaya yg bergelar jutawan,( namanya aku da lupa) yang terpaksa pergi ke kampung utk bersekolah di sana utk mendapatkan diploma. ini kerana adalah wasiat dari bapanya yg ingin anaknya mendapatkan diploma di tempat asalnya (kampung tu). jika anaknya tidak melaksanakan wasiat itu, dia tidak akan mewarisi segala harta.

selama berada di kampung itu, dia menjadi rapat dengan seorang gadis. sebenarnya gadis itu adalah kawan baiknya ketika dia berada di kampung itu dulu..tetapi mereka terpisah kerana ibu bapa lelaki itu mati kerana kemalangan..sejak dari itu, lelaki itu ingin melupakan segala-gala kenangan masa silamnya..

tetapi gadis itu sakit..dia hanya mampu bertahan utk beberapa bulan saja..gadis itu mencintai lelaki itu tetapi pada masa yg sama, lelaki itu juga mencintai gadis tersebut (tp dia xnk bgtau perempuan tu sbb dia ego).. bila lelaki itu dpt tau tentang penyakit gadis itu, dia memberitahu gadis itu tentang perasaannya yg sebenar..gadis itu pula mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama lelaki yg dicintainya (masa ni romantik gile cite dia..suka aku tgk)..

hanya satu je permintaan gadis itu, dia selalu berdoa supaya tuhan jgn ambil nyawanya sehingga salji pertama turun pada tahun tersebut..tetapi, pada hari salji pertama tu laa dia telah memejamkan matanya utk selama2nya..

sedih bila menghayati betul2 cita ni..
_____________________________________________________
------> penterjemahan di atas tu aku buat sndiri tanpa membuka kamus dan meniru ayat google translate..hehehe..
Post a Comment